Tuesday, September 29, 2009

SEMINAR PENULISAN BUKU

Seminar Penulisan Buku Popular 10 Oktober 2009 Universiti Islam Antarabangsa, Pendaftaran Dibuka Sekarang

September 6, 2009 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi, Utama


Pendaftaran untuk Seminar Penulisan Buku Popular 2009 yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2009 di Universiti Islam Antarabangsa sedang giat dilakukan. Setiap hari berdering telefon di pejabat Akademi Penulis dengan panggilan pendaftaran dan pertanyaan. Alhamdulillah. Kita menjemput semua individu ataupun organisasi berminat menyertainya dengan menghubungi Penolong Pengurus Latihan, Saudara Qahhar di talian 013 6288614 ataupun terus menghubungi pejabat 03-41492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

posterseminar2

JADILAH PENULIS SEPERTI DR HISHAM !

KURSUS UNTUK PENULIS



KURSUS PENATARAN TATABAHASA SURAT RASMI & MINIT MESYUARAT

TEMPAT : DEWAN SYARAHAN PPANPS

KUMPULAN SASARAN : ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN

SOKONGAN & AHLI 3P

TARIKH : 28.10.2009

ANJURAN : KERAJAAN NEGERI,DBP UTARA,PERSATUAN PENULIS 3P, PPANPS & MAJLIS KEBUDAyAAN NEGERI.

HARI TERBUKA PENULIS DAN PERPUSTAKAAN

Aktiviti Terkini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
AKTIVITI TERKINI ANJURAN PERPUSTAKAAN


Tarikh : 30 September 2009 (Rabu)

Tempat : Perkarangan Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Masa : 12.00 Tengah Hari - 3.00 Petang

Acara : Hari Bertemu Pelanggan Sempena Majlis Jamuan Aidilfitri 2009

TERBUKA UNTUK SEMUA PENULIS DAN PENGUNJUNG PPANPs.

Catatan : Kak Long Akan Menanti Para Pengguna Perpustakaan, Para Pengunjung Serta Semua Jemputan Di Gerai Ketupat, Rendang & Serabai.

PAKAIAN MAU KEMAS SERTA MENUTUP AURAT WAUPUN BUKAN STAFF KEMAS, JANGAN SERABAI, MENJOLOK MATA DAN MENJOLOK NAFSU!

Monday, September 21, 2009

SIS = SISTERS IN SYAITHAN

SIS agen musuh Islam - Ketua Dewan Ulama PAS
Harakahdaily
Mon | Sep 21, 09 | 7:39:19 am MYT

HULU TERENGGANU, 21 Sept:" 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

Iklan

"Cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib yang dipetik oleh Buletin Online ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markas Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan penuh Dato' Ustaz Harun Taib:

___________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil �maklum minaddin bi darurat�- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya �Sisters In Islam� kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam ! _


Friday, September 18, 2009

MINYAK NAIK LAGI...RAKYAT DAH NAIK BENCI !

Harga Baru Bahan Bakar:
ABIM Minta Ia Diperhalusi Semula

Kenyataan Media 2 September 2009/ 12 Ramadhan 1430 H

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat pengumuman harga bahan bakar baru, Ron 95, memandangkan ia dinilai membebankan pengguna bahan bakar berkenaan. Walaupun pada dasarnya, pengenalan petrol jenis baru Ron 95 sebagai alternatif pilihan kepada RON 97, ABIM yakin dengan ini pengguna dapat membuat pilihan bahan bakar mana yang sebaiknya untuk keperluan seharian mereka, akan tetapi pengenalan harga bahan bakar yang diumumkan kelmarin, dikhuatiri telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia, yang menerima kesan secara langsung daripada kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Dalam hal ini, perubahan ataupun kenaikan harga sesebuah barangan perlu dilakukan secara serta merta jika dibandingkan dengan penurunan harga barangan. Malah ABIM merasakan pada saat majoriti rakyat Malaysia akan menyambut hari perayaan terbesar umat Islam, kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan bertambahnya kos perbelanjaan rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa sebarang perubahan di dalam harga bahan bakar ini akan mempengaruhi pergerakan harga barangan lain di pasaran.

Ini secara langsung menghimpit majoriti masyarakat yang telah pun mengalami kesan langsung akibat krisis ekonomi yang melanda dunia. Malah tindakan ini juga jauh menyimpang daripada matlamat yang ingin dicapai menerusi kempen penurunan harga barangan, yang hingga ke saat, ini masih giat dijalankan dan masih belum lagi mencapai kenyataan.

Atas dasar keprihatinan untuk menyuarakan kepentingan umum, ABIM mencadangkan agar kerajaan:

1. Mengekalkan harga bahan bakar sedia ada (RON 97) pada harga sebelumnya.

2. Pengenalan kepada harga bahan bakar baru ini (RON 95) perlu lebih rendah berbanding dengan harga bahan bakar RON 97.

3. Memastikan bekalan dan kebolehcapaian kepada bahan bakar baru (RON 95) boleh didapati di seluruh pelusuk Negara termasuk di kawasan luar bandar terutama sekali di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak.

4. Sebarang perubahan harga barangan asasi perlu mengambil masa serta tidak perlu dilaksanakan secara terburu-buru.

5. Memastikan dengan tegas dan efektif agar tidak ada peniaga, pemborong dan pengilang yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan lain, akibat daripada perubahan harga bahan bakar berkenaan.



"MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN"

AHMAD SAPARUDIN YUSUP
Naib Pres. Kebangsaan


Thursday, September 17, 2009

PADI ORGANIK DAN AYAM ORGANIK

Padi organik rapatkan hubungan manusia, alam dan Tuhan
Salmah Mat Husain dan Zulkifli Sulong (HARAKAHDAILY)
Thu | Sep 17, 09 | 3:29:39 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Sept: Sukar untuk mencari sawah padi yang menghijau dalam masa yang sama ikan-ikan haruan, keli, sepat dan belut berenang riang di bendang sementara menunggu padi untuk dituai.
Iklan

Namun, keindahan bendang sebegitu kini hidup kembali di sawah padi Kampung Tunjung, dekat sini.

Ia berlaku kerana sistem yang digunakan adalah mesra alam sepenuhnya iaitu sistem organik.

Tiada lagi racun rumpai atau serangga digunakan malah baja kimia juga tidak digunakan. Untuk menghadapi ulat, pepatung yang dijinakkan manakala untuk menghadapi tikus dan burong, helang digunakan.

Inilah yang berlaku di sawah yang asalnya tanah terbiar di kampung Tunjong. Tapak 20 ekar ini disewa oleh Sunah Tani, sebuah syarikat yang digerakkan khas untuk menggalakkan penggunaan sistem organik bagi menghasilkan padi organik di Kelantan.

Image(Gambar:Padi yang subur sebelum dituai di sawah padi organik Tunjung, Kota Bharu)

Ia diusaha khusus dengan idea dan kesungguhan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam bagi membentuk satu sistem tanaman padi yang mesra alam di Kelantan.

Seorang pejuang makanan organik dari Tasek Malaya, Bandung, Indonesia, Pak Aep Saepudin, 43, didatangkan khas untuk menjadikan cita-cita ini menjadi realiti.

Pak Aep, sejak enam bulan lalu, secara sepenuh masa menghidupkan kembali tanah yang telah mati terbiar ini dan kini mula memberikan hasil.

Terbukti, selepas empat bulan ditanam, mulai minggu ini sawah itu mengeluarkan hasil padi organik pertama di Kelantan.

Image(Gambar:Pak Aep, pejuang dari Indonesia ini menunjukkan baja organik (mol) yang disediakannya. Ia dibuat dari bahan buangan dapur)

Kerana kaedahnya yang mesra alam, ikan dan siput menumpang hidup di bendang berkenaan sebagaimana lazimnya yang terdapat di bendang-bendang sebelum penggunaan baja dan racun kimia.

Baja organik yang diadun sedemikian rupa dari bahan terbuang seperti najis haiwan, daun kelapa dan berbagai lagi dapat mengembalikan keseimbangan ekosistem yang terjejas akibat pencemaran baja kimia dan racun.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berkesempatan menziarahi kawasan perintis projek penanaman padi tersebuk begitu kagum dengan kesuburan pokok berkenaan.

Malah benih padi yang ditanamnya sendiri sebelum ini juga semakin subur dan menghijau.

Image(Gambar: Husam menunjukkan padi organik pertama di Kelantan. Ia sememangnya semakin popular di Amerika, India, China dan Indonesia. Hanya Malaysia yang agak terkebelakang)

Ketika ditemui, Tuan Guru berkata dengan penggunaan baja organik banyak memberi kelebihan pada tumbuhan khususnya padi kerana ianya bebas dari racun.

"Apabila air dan udara tidak beracun, ikan ikan dapat menumpang hidup di bendang berkenaan, saya tengok sendiri keca (spesis siput) juga sudah ada begitu juga belut.

"Jadi apa tujuan kita masih menggunakan baja kimia yang banyak mendatangkan kemudaratan sehingga mematikan alam flora dan faunanya,"soalnya.

Menurutnya, beliau begitu seronok melihat pohon padi yang begitu subur menghijau di bendang berkenaan.

Sehubungan itu, beliau bercadang supaya petani di setiap jajahan di negeri itu datang melihat sendiri projek perintis yang diadakan di Dun Salor itu sebagai bahan ilmu untuk mereka khususnya di kawasan penanaman padi seperti di Tumpat dan Pasir Putih.

Image(Gambar: Nik Aziz gembira melihat padi organik yang subur diatas tapak sawah terbiar di Tunjung)

Berdasarkan kejayaan penanaman padi berkenaan, tiada sebab usaha penggunaan penanaman padi secara ini digunakan oleh petani di seluruh Kelantan.

Katanya, beras yang dihasilkan dari baja organik juga dijamin lebih selamat berbanding baja dari bahan kimia.

"Mengikut kajian kesihatan juga penyakit pelbagai jenis yang dihadapi oleh manusia sekarang akibat penggunaan bahan kimia dalam pemakanan.

"Bila pokok padi dibajari dengan kimia, padi akan menghasilkan beras dari bahan kimia, udara yang beracun, tak fasal fasal kita terlibat dengan racun,"ujarnya lagi._

TOK NAMPOK LAGI ANOK BULANG?

ANOK BULANG BILO NOK NAMPOK NIHH?

MOK BULANG DOH NAMPOK DOHH....POK BULANG PULOK DOH NAMPOK KAT NEGORI SEMBILANG. YAHUU....KITA "RAYO" PULOK LEPAS RAYA POSOO... RAYO APO? PILIHANG RAYOO LOOO. AWAS ! HANGTU RAYOO PUNG BANYOKK JUGOK...KIH3

Tuesday, September 15, 2009

[sim] INFO : Panaudol Merbahaya

Friday 11 September 2009 - 15:39:25


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda. Sumber :- http://www.omaQ.org

BAHAYA PANAUDOL (@ PENING-DOL)

[sim] INFO : Panaudol Merbahaya
Friday 11 September 2009 - 15:39:25

panadol1.jpg

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
panadol2.jpg
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
panadol3.jpg
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “bisa” ini ke dalam mulut anda. Sumber :- http://www.omaQ.org