Thursday, October 8, 2009

PBB : PERTUBUHAN BERUK BUNCIT

Israel panik kena dakwa? PDF Print E-mail
Khamis, 08 Oktober 2009 11:04
altBAITULMAQDIS 2 Okt. – Israel yang didakwa melakukan jenayah perang di Genting Gaza dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), mengambil langkah-langkah luar biasa untuk mengelak para pemimpin politik dan tenteranya didakwa melakukan jenayah perang oleh mahkamah di luar negara.

Rejim Yahudi itu kini mengambil khidmat peguam terkemuka, melobi kerajaan-kerajaan Barat, di samping melancarkan kempen perhubungan awam.

Israel menyifatkan siasatan PBB mengenai serangannya ke atas Genting Gaza pada akhir tahun lalu sebagai berat sebelah, tetapi tindak-tanduk terbarunya itu menunjukkan rejim Zionis tersebut benar-benar bimbang.

Laporan PBB itu dipercayai menaikkan semangat kumpulan pro-Palestin yang sejak bertahun-tahun lalu berharap untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah di negara-negara yang mengiktiraf konsep ‘bidang kuasa sejagat’ – membolehkan seseorang dibicarakan kerana jenayah yang tidak ada kaitan dengan wilayah atau rakyat negara berkenaan.

Dalam kes terbaru, aktivis di Britain pada minggu ini cuba meminta pihak berkuasa negara itu menangkap Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa lawatannya ke London, atas tuduhan jenayah perang berhubung peranan beliau dalam perang di Gaza.

Barak terselamat semata-mata kerana mahkamah Britain yang menimbangkan permintaan tersebut – AP

Sumber: Utusan Malaysia 3/10/09

Sandiwara & Sendawara PBB dan Israel

Filem antarabangsa yang dilakonkan oleh negara-negara Imperialisme kini bermula lagi. Israel merupakan aktor utama dalam senario di atas manakala PBB dan AS merupakan ‘hero’ yang ingin ditonjolkan dalam sandiwara semasa yang penuh dengan kebohongan ini. Palestin pula merupakan negara yang terkontang kanting cuba mendapatkan pembelaan. Persoalannya adalah, pembelaan dari siapakah yang diharapkan oleh Palestin? Adakah kepada PBB, sebuah pertubuhan kufur yang tidak pernah menegakkan keadilan di muka bumi, khususnya bagi negara-negara umat Islam!

Ada beberapa persoalan yang perlu difahami berkenaan polemik yang terjadi dalam isu ini:

Pertama, kejahatan rejim Israel terhadap rakyat Palestin tidak hanya tertumpu pada serangan di Gaza pada awal tahun ini sahaja, malah Israel telah melakukan banyak siri pembunuhan dan pembantaian di Palestin. Mereka bukan sekadar membunuh rakyat Palestin, bahkan merogol, menyeksa dan merampas segala harta yang ada. Hasilnya, tanah umat Islam di Palestin semakin mengecil dan tanah rompakan Yahudi (Laknatullah) semakin membesar meliputi 90 peratus keseluruhan tanah suci umat Islam tersebut.

Kedua, PBB hendak menunjukkan kredibilitinya sebagai pertubuhan yang ‘menegakkan keadilan’ setelah dikecam hebat oleh dunia umumnya kerana sikap ‘double standard’ yang diamalkannya dalam menangani isu-isu sejagat. PBB bukan sahaja tidak menjalankan fungsinya untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa, bahkan PBB sendiri yang mendalangi siri-siri serangan rejim AS ke atas negara-negara umat Islam di Bosnia, Afghanistan, Iraq, dan Chechnya. Walaupun bukan AS yang menyerang Palestin, namun AS lah yang melancarkan sekatan antarabangsa ke atas pentadbiran Hamas setelah kemenangan parti itu dalam pilihan raya sebelum ini.

Ketiga, sekalipun PBB mendakwa dan menghukum Israel di mahkamah antarabangsa, ia belum mampu untuk menutup segala perbuatan jahat dan konspirasi busuknya selama ni. Sudah terang lagi bersuluh, PBB telah banyak melakukan makar di seluruh dunia khususnya kepada negara-negara membangun melalui badan-badan seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain. Dengan bantuan IMF misalnya, rejim AS mampu masuk campur ke dalam sesebuah negara dan mengenakan bunga pinjaman yang sangat tinggi (baca selanjutnya: www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/279-sn081-pbb-organisasi-kufur-ciptaan-barat). Hakikat ini diterangkan dengan rinci oleh John Perkins di dalam bukunya, “Confessions of an Economic Hit Man”.

Keempat, umat Islam seluruh dunia haruslah sedar bahawa permasalahan kaum Muslimin bukanlah tertumpu hanya di Palestin. Masalah yang terjadi di Palestin hanyalah secebis dari seribu satu macam masalah lainnya yang terbit dari tidak diterapkannya Islam sebagai sebuah ideologi di muka bumi ini. Di Iraq, Afghanistan, Sudan, Chechnya, Uzbekistan, Thailand dan China, umat Islam telah mengalami penindasan yang sangat menyedihkan. Lebih dari itu, situasi umat Islam pada saat ini sangat mendukacitakan dalam segala segi, khususnya dalam aspek ekonomi dan peradaban.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin, kita haruslah sedar bahawa pembelaan hakiki hanya boleh diperolehi dari badan keadilan yang hakiki, iaitu dari Sistem Islam, bukan dari Pertubuhan Kufur seperti PBB. Sistem Politik Islam yang memandang umat Islam di seluruh dunia sebagai satu kesatuan, telah dipisah-pisahkan dengan status negara bangsa (nations state). Jihad merupakan polisi luar Daulah Islam. Daulah akan melancarkan jihad ke atas negara-negara kafir harbi dan dalam aspek hubungan luar negara, jihad menjadi asas setiap keputusan. Wahai kaum Muslimin, marilah kita pacukan akal fikiran dan segenap usaha kita untuk menegakkan kalimah Allah secara kaffah di muka bumi ini. Tidak ada cara lain untuk menegakkan Islam secara kaffah melainkan dengan menegakkan Institusi Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini. Jangan lupa....teruskan usaha memulau produk mereka, samada dalam bentuk pemikiran mahupun produk barangan. Sokonglah RFC, pulau KFC!

No comments:

Post a Comment