Monday, October 5, 2009

SILAP MATA GENG TIGA SUKU

SUMBER : HARAKAHDAILY - Selasa 6 Oktober 2009 | 16 Shawwal 1430 Hijrah
Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!
Mohd Khalil Abdullah
Mon | Oct 05, 09 | 3:38:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Iklan

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.

Sila hantar komen berita di atas ke: urespons@gmail.com

BEBERAPA KOMENTAR

1.mengikut apa yangpernah saya baca aziz ini ada sindrom penyakit schizoprenia (skizo) iaitu sejenis penyakit jiwa dimana seseorang pesakit merasai dirinya diancam dan dipukul walaupun tidak berlaku. Ianya juga mengalami ilusi dan delusi dimana merasai dan mendengar ada bisikan ditelinganya. Kemudian dia akan bercakap kepada orang lain bahawa sianu sianu telah mengancam dan memukulnya.. ini adalah sejenis penyakit saikestri dan perlu mendapat rawatan dan sepanjang hidup makan ubat. kalau tak caya tanya pakar saikestri di mana-mana hospital kerajaan. terlebih teruk ia mungkin akan di hantar ke wad saikestries di HKL atau hospital bahagia atau tanjung rambutan. Elok juga tanya dengan YB lai dan papa marican. - yahayaalhaj.

2.Assalamualaikum warahmatullah! Semua umat Islam perlulah bersabar diatas apa yang berlaku kerana ada pihak yang suka berlakon demi menarik simpati ketika pilihanraya semakin hampir.Ada macam-macam lakonan yang dibuat-buat supaya rakyat benci terhadap pihak yang lagi satu terutama pembangkang. Perangai dan sikap berbohong ini telah lama diamalkan oleh penyokong dan ahli umno bagi mengelirukan manusia demi mengekalkan dominasi politik mereka yang semakin terhakis. Meraka sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai....Pemimpin dan penyokong umno serupa melainkan yang mendapat hidayah Allah. - Hj Adnan. _

3.Tahniah, sekiranya ada anugerah kategori Pelakon Lelaki Terbaik Ahli Politik, memang sah dia akan gondol semua untuk lapan tahun berturut-turut... malang sekali TV3 (baca sebagai TV3Suku) takde masa kejadian tersebut kalau tak memang sampai tahun 2020 akan di ulang tayang adegan tersebut mengalahkan cerita Bujang Lapok arahn P Ramlee. TV3Suku pulak masih tak belajar dr kesilapan dan terus menerus menjadi kuda pencen tunggangan UMNO. Kepada Datuk Azeez, tahniah, Datok memang terer... terer kelentong! -Abdul Wahub.

KOMENTAR PAKAR BATU (BLOGGER)

Itulah hakikat kebusukan politik machiaveeli (matlamat menghalalkan cara) yang dianuti serta diamalkan secara istiqomah oleh Umno dan para pengikutnya. nampaknya silapmata dan lakonan Aziz tiga suku yang pula diheboh-hebohkan oleh TV3Suku tidak menjadi dan akan berpatahbalik menjadi senjata makan tuan.

Politik semecam ini memang sewajibnya ditolak kerana tidak selari dengan agama, sebaliknya politik Islam yang berteraskan syariah perlu diterimapakai dan diajar di masjid-masjid dan surau-surau, bukan sebaliknya.

Mana suara lantang mufti Perak yang suaranya "lebih UMNO" daripada UMNO sendiri? Adakah sudah ditenggelamkan oleh pangkat, wang ringgit serta habuan dunia Tan Sri? Rakyat mahukan jawapan telus Tan Sri!!



No comments:

Post a Comment