Monday, October 12, 2009

RASUAH DAN PERASUAH MENANG PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

SUMBER : Harakahdaily
Mon | Oct 12, 09 | 11:47:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

Iklan

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

Sila hantar komen anda untuk berita di atas ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

_________________

KOMEN PEMBACA

_________________

1. Benar...mungkin rakyat terpilih...atau rakyat dipilihkan...kita tidak tahu tangan mana yang pangkah undi2 pos. - amin.

2. dalam prk bagan pinanng...rakyat tidak kalah...pr tidak kalah dan pas tidak kalah...tetapi umno/bn yang kalah sebab pemiulihan isa samad adalah mesej sebenar untuk dibawa pada mata masyarakat bahawa inilah muka dan imej perausah dan parti yang tidak tahu malu di muka dunia. - jali,putrajayaa.

KOMENTAR BLOGGER PAKARBATU :

Inilah hakikat politik bodoh, rasuah dan samseng yang dianuti oleh UMNO/BN yang dibawa oleh Paklah Badawi selaku pengasas Halam Hub Hadhari Sedunia. Ia berjaya dimanifestasikan di Bagan Pinang selepas gagal 7-TKO sebelum ini. Syabas kepada kepimpinan Najibgolia yang telah berjaya menjadikan Malaysia negara ke-44 terkuat dari segi ranking rasuah dunia. Bak kata pepatah, kepimpinan "bapak borek, anak rintik", Najibgolia akan menjadikan 1Malaysia rasuah dan beliau akan dinobatkan sebagai Bapa Skandal, sepertimana Perdana Menteri-2 sebelum ini yang mendapat gelaran "bapa" tertentu.

Kalau sudah terang lagi bersuluh pun masih memilih perasuah, apakan pula yang sengaja ditudung dengan nyiru atau "ditolongtudungkan oleh SPRM?" Nampaknya amalan sekularisma benar-benar diaplikasikan dalam politik semasa UMNO/BN sehingga teguran dan pandangan agamawan, termasuklah Dr Asri tidak diterimapakai oleh penganut ajaran Halam Hadhari tersebut. Di mana Ustaz Uthman El-Muhammady yang lantang menyerang ajaran sesat? Adakah beliau juga sudah "disesatkan oleh sekularisme" sehingga janggut beliau pun berwarna merah seperti warna rasmi UMNO?


No comments:

Post a Comment